KELAYAKAN MENJADI KEANGGOTAAN AHLI KO-YUM


Keanggotaan koperasi ini terbuka kepada pegawai dan kakitangan tetap, sementara, kontrak dan sambilan yang telah berkhidmat selama 6 bulan ke atas di Yayasan Usaha Maju Sabah


FI MASUK, YURAN BULANAN & SYER


Setiap permohonan menjadi anggota hendaklah disertakan dengan Fi Masuk sebanyak RM20.00, yuran bulanan sebanyak RM50.00 dan syer sebanyak RM500.00.

Fi Masuk itu menurut perenggan 50 (a) Akta akan dikembalikan kepada pemohon jika permohonannya ditolak oleh Lembaga.

Syer juga boleh dibayar secara tunai, atas talian ataupun potongan gaji semaksima 10 bulan.

Yuran bulanan akan dikenakan sebanyak RM50.00 setiap bulan bermula daripada menjadi anggota.