Perkhidmatan
KO-YUM menawarkan pelbagai produk pinjaman kepada ahli koperasi
KO-YUM menawarkan pelbagai produk pinjaman kepada ahli koperasi
Setiap pinjaman dikenakan kadar faedah tetap sebanyak 4% setahun. Tiada pengurangan diberi sekiranya baki pinjaman diselesaikan dengan lebih awal.
Pembiayaan untuk keperluan tunai ahli koperasi
| Syarat | Keterangan |
|---|---|
| Kelayakan Gaji Minima | Potongan Gaji Tidak Melebihi 60% |
| Jumlah Pembiayaan Maksimum | Tidak Melebihi Jumlah RM20,000.00 |
| Bayaran Balik | Sehingga 60 bulan (5 tahun) |
| Kadar Faedah Tetap | 4% Setahun |
Pemohon:
Kelayakan Pinjaman Melebihi 60%
Pemohon hendaklah membuat surat rayuan kepada Pengerusi KOYUM dan pengurusan YUM.
Anggota Yang Baru Menjadi Ahli
Kelayakan pinjaman berjumlah RM5,000.00 mengikut kelayakan.
Pihak KOYUM TIDAK membenarkan anggotanya membuat urusan melalui orang tengah. Semua urusan hendaklah dibuat terus dengan ALK KOYUM. Adalah menjadi satu kesalahan bagi ALK KOYUM memberi apa juga bentuk imbuhan kepada mana-mana pihak dan jika anggota didapati melanggar ketetapan ini maka keanggotaannya akan digantung dengan serta-merta, kemudahan pinjaman ditarik balik dan tindakan prosiding akan diambil di bawah Akta Koperasi 1993.
Muat turun borang permohonan dan hantar kepada kami